pasu herba untuk kebun perumahan

Alhamdulillah pasu herba berjaya dilaksanakan di kawasan kebun perumahan. Didalam satu pasu terdapat beberapa jenis herba seperti ulam raja, sambung nyawa, kaduk dan cekur.



Pokok ulam raja memerlukan jumlah air yang banyak untuk hidup subur. Seboleh bolehnya disiram setiap dua hari sekali. Pasu panjang digunakan sesuai untuk diletakkan dikawasan perumahan beringkat seperti flat.

Bagi kawasan perumahan yang ada semburan asap oleh jabatan kesihatan, herba perlu direndam dan dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk memastikan tiada sisa semburan pada herba yang akan dimakan.

Kelebihan ulam ulaman ini ialah tuaian akan dapat dilakukan berkali kali dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos