perancangan kebun kampung ogos 2016

InsyaAllah hujung minggu bulan ogos akan digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan kebun kampung supaya nampak lebih kemas dan dapat memenuhi keperluan sayuran untuk beberapa bulan akan datang.

tanam bendi


Permintaan daripada anak saudara untuk tanam bendi. Sayuran kegemaran anak saudara.

InsyaAllah akan cuba tanam di kampung bila balik nanti. Ada benih bendi yang dibeli masih belum disemai. Batas tanaman perlu disediakan dahulu.

siapkan pagar ayam

Pagar ayam perlu disiapkan segera supaya ayam ayam piru yang dibela dapat dilepaskan ke kawasan yang lebih luas. InsyaAllah akan menambah stok anak ayam piru pada bulan ini.

ubah sayur keladi

Sayur keladi yang tumbuh perlu diubah ke kawasan yang lebih luas supaya lebih banyak sulur yang akan keluar.

Batas tanaman kesum

Daun kesum sesuai ditanam berhampiran kawasan parit. InsyaAllah tepi tepi parit akan dibersihkan dan ditanam dengan daun kesum. Apabila tanaman sudah mulai membesar, kawasan tanaman tidak perlu disiram lagi. Berdasarkan permerhatian, pokok kesum mampu bertahan pada musim kering.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus