perkembangan kebun kampung, 20 Ogos 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas.

Timun mini
Nasib benih timun mini yang dipindahkan ke kampung tidak baik. Kesemua benih yang dipindahkan mati. Kemungkinan besar kerana faktor cuaca kerana hampir seminggu tidak hujan di kampung. Strategi seterusnya ialah penaman terus ke batas tanaman.

Pokok kantan
Pokok kantan masih lagi bertahan. Keadaan redup di bawah teduhan pokok mempelam mengelakkan daripada rizom pokok kantan yang ditanam minggu lepas menjadi kering.

Batas kebun
Batas untuk penanaman di kampung ditambah baik. Tanah merah baru ditambah keatas batas. Namun masih perlu diperkayakan dengan bahan organik sebelum dimulakan dengan penanaman. InsyaAllah akan cuba menambah tanah bakar dan baja tahi ayam.

Bersih kebun
Projek membersih kebun tergendala kerana mesin pemotong rumput rosak. InsyaAllah akan cuba beli mesin yang baru dengan bajet pada bulan depan.





Tuai rebung madu
Rebung madu dituai daripada pokok pokok buluh madu untuk dijadikan hidangan tengah hari. Kali ini, menu ialah sayur air rebung madu dan pucuk asin asin.

Banyak lagi aktiviti hendak dilakukan, namun terdapat oleh tenaga dan masa. InsyaAllah akan teruskan pada masa yang sesuai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus