perkembangan kebun perumahan, 18 Ogos 2016

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan

Semai benih terung
Benih terung dari vareiti hijau "speed" dan telunjuk disemai. Harap harap akan bercambah dalam masa seminggu.

Semai benih kacang kelisa
Benih stok lama kacang kelisa disemai. Harap harap akan tumbuh.

Semai benih kobis
Benih kobis yang tarikh luput akan tamat pada bulan disember 2016 disemai. Harap harap akan bercambah kerana percubaaan sebelum ini gagal.

Pangkas pokok belalai gajah

Pokok belalai gajah yang tumbuh sehingga menutup alamat rumah dipangkas. Keratan batang belalai gajah dibawa balik ke kampung untuk diedarkan.

Bersih bekas tanaman terung telunjuk
Bekas tanaman yang ditanam dengan terung telunjuk sebelum ini sudah dibersihkan. Pokok terung telunjuk yang sudah tidak produktif dan sakit dicabut. InsyaAllah akan perkayakan tanah dengan baja organik sebelum ditanam semula.

Beberapa kerja membersih kebun perumahan perlu dilakukan lagi. Kebun perumahan belum lagi nampak kemas. Bumbung perlu ditukar tetapi perlu menunggu ada bajet dahulu.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus