perkembangan kebun perumahan 23 Ogos 2016

Alhamdulillah, masa hujung minggu yang lepas sempat meluangkan masa mengurus kebun perumahan.



Semai benih terung
Benih terung yang direndam dua hari lepas dipindahkan ke bekas tanaman. Harap harap dapat tumbuh. Pek benih kali ini tidak dirawat dengan racun kulat. Jadi kemungkinan benih diserang kulat agak tinggi. Jumlah benih yang dibekalkan dalam pek benih agak banyak. Hampir 200 anak benih boleh disemai.

Projek penyiraman automatik
Alhamdulillah projek penyiraman automatik telah disiapkan untuk penyiram lebih kurang sepuluh pasu tanaman. Ini termasuk pasu yang berada diluar rumah. Ujian penyiraman automatik telah dijalankan dan penyiraman berjalan lancar.

Pasu tanaman
Pasu pasu untuk projek penanaman sayuran jenis daun sedang disediakan. InsyaAllah akan perkayakan dengan bahan organik dahulu sebelum disemai dengan biji benih.

Projek yang tertangguh
Tugasan mengetut pokok tin belum dapat dilaksanakan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus