perkembangan kebun perumahan 28 Ogos 2016

Alhamdulillah hujung minggu ini dapat digunakan untuk mengurus sedikit kebun perumahan. Cuaca mendung sahaja pada hujung minggu ini.

Semaian terung
Biji benih terung hijau yang disemai minggu lepas dengan berhati hati dan cermat sekali nampaknya tidak tumbuh. Beberapa kemungkinan yang menyebabkan biji benih tidak tumbuh seperti benih direndam terlalu lama didalam air, biji benih tamat tempoh ataupun biji benih diserang oleh kulat.

Disebalik itu, biji benih terung telunjuk yang hanya ditabur diatas tanah kompos dan tidak terjaga sangat pula telah bercambah. Alhamdulillah ada juga pengubat hati bila semaian yang diharap harapkan tidak tumbuh.




Menjala ikan
Kesempatan balik kerja pada hari jumaat pula digunakan untuk menjala ikan di batu kawan bersama rakan. Beberapa ekor ikan tilapia dan udang telah berjaya ditangkap menggunakan jala di kawasan terusan kecil. Diterusan utama pula, suasa menjala seperti pesta kerana banyak ikan dan penjala. Disebabkan peti ais tidak berfungsi, ikan disiang dan dimasak bersama asam dan garam untuk disimpan untuk tempoh yang lebih lama.

Seekor ikan tilapia yang masih hidup disimpan didalam kolam ikan.

Perancangan minggu depan
InsyaAllah pada minggu depan akan cuba mengemaskan lagi kebun perumahan. Pokok petola bantal sudah tidak lagi produktif dan sudah boleh dibuang. InsyaAllah akan diganti dengan tanaman timun pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus