prestasi penanaman terung telunjuk

laman terung telunjuk yang selalu mak datang kutip seminggu sekali


Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir dua tahun terung telunjuk yang ditanam dikampung menghasilkan buah buah untuk kegunaan sekeluarga.



Puas hati menanam terung telunjuk. Hasil yang banyak dan berterusan selama hampir dua tahun. Buah yang lebih diberi kepada jiran jiran. Terung telunjuk sedap dimasak ataupun dipanggang.

hasil terung yang begitu baik
Saiz buah terung telunjuk bergantung kepada penyiraman dan jumlah hujan yang turun. Apabila air mencukupi, saiz buah terung menjadi lebih besar. Apabila pokok sudah membesar dan akar sudah jauh kedalam tanah, aktiviti menyiram hanya perlu dilakukan apabila perlu sahaja.

Bunga terung selalunya didebunga oleh lebah tukang pada awal pagi. Pokok terung telunjuk juga tahan lasak dan kurang diserang penyakit. Pokok juga boleh dipindahakan ke tempat penanaman baru tanpa memerlukan penjagaan yang rapi. Jika dicabut dan ditanam ditempat lain juga, pokok terung telunjuk mampu berbuah kembali.

sedap dipanggang dan dimakan sebagai ulam
Pembajaan juga tidak perlu kerap dilakukan, cukup sekadar siraman air basuhan ikan dan beras.

InsyaAllah akan cuba menyemai benih terung yang baru.

Ulasan

  1. terung telunjuk ni mak mentua selalu buat masak gulai cili api..biasanya dgn ikan (kegemaran bapa mentua)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus