cabaran berkebun di kawasan perumahan

terdapat beberapa cabaran dan tips berkebun di kawasan kejiranan dan perumahan

Kekemasan
Apabila berkebun dikawasan perumahan, kekemasan perlu diutamakan jika menanam supaya tidak mencacatkan pemandangan dan nampak semak. Kemungkinan binatang liar seperti ular dan serangga seperti nyamuk boleh bersembunyi dan mendatangkan ketidak selesaan kepada jiran.

Kawasan penanaman
Kadang kadang berlaku masalah persempadanan dengan jiran. Kemungkinan jiran juga berminat untuk berkebun dan menanam pokok bunga sehingga masuk ke kawasan depan rumah kita. Didalam perkara ini, perlu ada toleransi dan persefahaman. Seboleh bolehnya jangan kita menanam sehingga masuk ke kawasan perumahan jiran

Kecurian
Hasil daripada berkebun di kawasan perumahan adalah terdedah kepada orang yang lalu lalang. Buah buah yang tergantung mungkin menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mengambilnya. Kalau boleh, buah dibalut supaya tarikan untuk diambil orang dapat dikurangkan.

Tangan tangan gatal/ vandalisme
Anak benih yang terdedah ditempat umum juga kemungkinan menjadi mangsa vandalisma. Kemungkinan anak anak pokok yang hidup subur tiba tiba sahaja mati, hilang, dicabut dan sebagainya. Sebagai seorang pekebun, kita hendaklah berlapang dada dan tidak boleh menuduh sesiapa secara melulu apabila perkara seperti ini terjadi. Fikirkan penambah baikan yang boleh dilakukan seperti meletakkan jaring supaya menjadi halangan untuk aktiviti vandalisme terhadap kebun.

Semoga cabaran cabaran ini tidak mematahkan semangat untuk berkebun kerana berkebun mempunyai banyak faedah dan manfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus