perkembangan kebun perumahan 27 September 2016

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan pada minggu ini

Cili
Pokok cili yang berusia hampir tiga bulan sudah mulai berbunga. Harap harap cili yang terhasil ialah dari jenis cili solok. Sementara itu, beberapa semaian cili sebelum ini tidak bercambah. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi stok benih cili yang ada.

Terung
Anak terung telunjuk yang baru bercambah dipindahkan kedalam pasu diluar rumah. Sebelum ini pasu tersebut terdapat anak pokok timun mini. Namun, anak pokok timun mini tiba tiba hilang daripada pasu tanpa sebarang tanda tanda dimakan perosak.

Bayam
Bayam bulat yang tumbuh sendiri hasil daripada biji benih pokok bayam yang disemai sebelum ini. InsyaAllah akan dapat dituai didalam masa seminggu lagi.

Mulberi
Pokok mulberi diluar rumah mulai mengeluarkan pucuk dan buah mulberi yang baru. Pucuk pucuk mulberi dipetik dan dijadikan makanan ikan. Harap harap banyak hasil buah mulberi beberapa minggu lagi.

Ikan puyu
Terdapat banyak ikan puyu didalam anak sungai berdekatan dengan rumah. Hujan sejak beberapa hari yang lalu menyebabkan ikan puyu dapat bergerak dari bendang yang sudah dituai dan masuk kedalam parit. Ramai orang yang memancing ikan puyu buat masa ini. InsyaAllah akan cuba memancing ikan puyu disekitar anak sungai dan bendang di rumah.


Benih benih yang masih ada akan terus disemai untuk melihat peratusan percambahan. Stok stok benih lama akan cuba disemai secepat mungkin untuk mengelakkan benih tidak lagi bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos