balik kampung 9 Oktober 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Hujan lebat sepanjang jalan menuju ke Alor Setar. Singgah sekejap di RNR Gurun untuk bersarapan. Beberapa aktiviti di kampung dapat dilaksanakan dalam masa yang terhad.

Urusan menanam padi musim baru
Sejurus sampai ke rumah, ayah terus mengajak ke pejabat peladang untuk mendapatkan benih padi bagi penanaman padi yang seterusnya. Benih padi yang dipesan sebelum ini dari jenis baharu dijangka tiba lewat. Jadi, pemilihan benih padi vareiti lain dibuat untuk memastikan penanaman benih hampir sama dengan bendang disekitar. Alhamdulillah urusan dipermudahkan dan benih padi dihantar ke rumah menjelang waktu tengah hari. Menjelang petang, benih padi direndam untuk mencambahkan benih padi.

Potong rumput

Rumput yang panjang di belakang rumah dipotong kerana sudah terlalu panjang dan menyusahkan kerja mak menyidai baju di ampaian.

Pokok tumbang
Pokok mempelam dibelakang rumah tumbang setelah ribut beberapa hari sebelum balik. Dahan dahan kecil sudah dipotong ayah. Cuma perlu gergaji yang lebih besar untuk memotong dahan yang lebih besar. InsyaAllah kerja memotong pokok tumbang akan dibuat bila balik ke kampung sekali lagi.

Batas kebun
Batas kebun di kampung sudah tidak begitu produktif. Pembajaan perlu dilakukan. Disamping itu benih bendi yang disemai sebelum ini juga tidak tumbuh. InsyaAllah akan menyemai dahulu benih bendi didalam petak semaian sebelum dipindahkan ke batas kebun.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus