benih benih untuk disemai

Alhamdulillah sekarang cuba untuk menyemai sebanyak mungkin benih lama. Sekurang kurangnya untuk memastikan benih yang dibeli tidak dibiarkan begitu sahaja.

Beberapa jenis benih yang perlu disemai cepat ialah dari jenis kekacang dan labu.

InsyaAllah pada bulan ini akan cuba menyemai beberapa jenis benih

1. Petola segi
Beberapa vareiti petola segi yang dibeli akan cuba disemai. Vareiti yang pernah dicuba sebelum ini ialah dari jenis taiwan.

2. Cili
Ada beberapa vareiti benih cili lagi yang masih didalam stok seperti cili pedas, solok dan kulai king. Setakat ini benih benih yang disemai sejak sebulan lalu langsung tidak tumbuh. Teknik yang akan dicuba pada masa ini ialah rendam benih semalam dan tabur.

3. Tomato

Beberapa vareiti tomato akan cuba disemai. Sudah lama tidak mencambahkan benih tomato. Setakat ini kurang berjaya menanam benih tomato.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos