percubaan menyemai benih ketumbar

Alhamdulillah benih ketumbar yang disemai kali ini berjaya bercambah. Benih dari vareiti Athena dibeli dari Thailand.

Benih disemai terus kedalam pasu dan diletakkan ditempat terbuka. Hujan hampir setiap hari, jadi penyiraman hanya dibuat pada permulaan benih disemai. Benih mulai bercambah selepas kira kira empat hari. Percambahan pada mulanya perlahan,  namun mulai bertambah dari hari kehari. Kemungkinan kulit biji benih ketumbar yang tebal menyebabkan percambahan tidak berlaku serentak.

Perancangan selepas benih ketumbar bercambah ialah membuat penjarangan dan memindahkan benih ketumbar ke bekas semaian yang lain.

Didalam pasu semaian benih ketumbar juga terdapat benih bayam yang tumbuh. Pemerhatian akan dibuat untuk melihat samaada benih bayam perlu dicabut jika menganggu pertumbuhan benih ketumbar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus