perkembangan kebun perumahan

Alhamdulillah hujung minggu cuti awal muharram dapat digunakan sekejap untuk membersihkan kebun perumahan.




Pindah tut pokok tin
Tut pokok tin vareiti green jordan berakar dengan baik sekali. Manakala tut vareiti BTM6 mengeluarkan jumlah akar yang sedikit. Keratan batang pokok tin green jordan juga masih lagi bertahan dan mula mengeluarkan pucuk baru.




Semaian benih
Benih benih lama terus cuba dicambah lagi. Dua paket benih terung sudah tidak bercambah. Begitu juga dengan benih kobis yang belum tamat tempoh luput. Alhamdulillah ada satu paket benih terung hibrid yang bercambah dengan baik sekali. Benih benih segera dipindahkan ke medium percambahan apabila akar sudah mula keluar dari biji benih. Tempoh ini penting untuk memudahkan kerja kerja pemindahan biji benih. Jika terlewat, akar biji benih akan menjadi berselirat dan kerja memindahkan anak benih menjadi lambat.

Semaian terbaru ialah biji benih cabai pedas thai. Harap harap benih akan bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos