perkembangan kebun perumahan

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan

Semaian
Semaian benih terung vareiti hijau panjang akhirnya bercambah. Benih yan terawat nampaknya membunyai percambahan yang baik. Selain itu, benih labu air dan cili kulai king turut disemai. InsyaAllah akan meneruskan usaha menyemai benih benih lama. Benih yang terhasil akan cuba dipasarkan kepada orang ramai supaya ramai dapat menanam pelbagai vareiti sayuran untuk kegunaan di kawasan perumahan.



Memancing
Alhamdulillah, murah rezeki memancing kali ini. Ikan air tawar banyak berjaya dipancing. Umpan cengkerik menjadi taruhan. Disebabkan waktu memancing yang tidak mengizinkan. Waktu malam digunakan untuk memancing kerana cuaca lebih sejuk dan keadaan air yang lebih sesuai untuk memancing.

InsyaAllah benih bunga kantan dan ulam bebuas akan dibawa balik ke kampung. Halaman kebun perumahan akan nampak lebih kemas dan lebih lapang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus