balik kampung awal November 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Hampir seharian berjalan pada pagi ini dari Pulau Pinang ke Changlun dan akhirnya singgah di Alor Setar. Masa di Alor Setar hanya berbaki beberapa jam sahaja. Namun, sempat juga melakukan aktiviti membersih kampung.

Bersih kolam tepi jalan
Kolam di tepi jalan sudah lama tidak dicuci. Daun daun pokok jati yang lebar dan besar sudah untuk mereput didalam air. Kebanyakannya jatuh kedalam kolam dan menyebabkan kolam menjadi cetek. Jadi kolam dibersihkan menggunakan pencakar besi yang selalunya digunakan untuk kerja kerja sawah.

Semasa mencuci kolam, kelihatan anak ketam sebesar saiz kuku ibu jari. Sudah lama tidak melihat anak ketam. Jika dahulu, anak ketam sangat mudah didapati di sawah. Namun, sejak penggunaan racun siput gondang secara berleluasa. Habis ketam mati didalam sawah. Begitu juga hidupan akuatik lain termasuk ular air yang semakin jarang dijumpai.

Perangkap ikan
Pada minggu lepas, perangkap ikan berjaya dibuat menggunakan jaring besi terbuang. Pada minggu ini, ayah menceritakan tukang rumah yang sedang membaiki rumah dikampung telah menggunakan perangkap ikan tersebut dengan jayanya. Banyak ikan yang berjaya diperangkap semasa air banjir mulai surut pada minggu lepas. InsyaAllah akan mencuba perangkap ikan yang dibuat bila balik ke kampung lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus