balik kampung cuti Deepavali

Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk cuti selama tiga hari bersempena perayaan Deepavali. Cuaca hujan lebat dan mendung disempang cuti hujung minggu. Perjalanan balik ke kampung terpaksa menempuh hujan lebat dari Seberang Jaya sehingga ke Alor Setar.


Meracun siput gondang

Kali ini ayah mencuba teknik menyemai benih anak padi didalam air. Benih direndam semalaman dan dicampur dengan bahan peransang pengakaran. Selepas sehari direndam, benih akan dibiarkan kering dan ditabur. Teknik ini mampu mengurangkan masalah rumpai yang akan tumbuh jika padi ditabur diatas bendang yang kering. Namun, teknik ini menyebabkan anak padi terdedah kepada serangan siput gondang yang akan memakan pucuk anak padi yang masih kecil. Jadi racun siput disembur kedalam bendang. Harap harap akan menyebabkan siput gondang mati.



Terung
Alhamdulillah terung yang ditanam masih mengeluarkan hasil. Dapat juga dikutip untuk makan tengah hari sebagai terung bakar. Vareiti terung ungu sudah mula mengeluarkan hasil walaupun pokok tersebut terbantut akibat terkena semburan racun.

Baiki batas kebun
Batas kebun kampung dibaiki dan ditambah bahan organik. Lubang lubang dibuat diatas batas dan ditambah dengan sisa baki biji kopi. Harap harap kualiti tanah akan menjadi baik.

Banjir
Hujan lebat sepanjang hujung minggu menyebabkan air sungai naik dengan mendadak. Kawasan belakang rumah dinaiki air dan banyak aktiviti kebun tidak dapat disempurnakan buat masa ini.

Kutip kulat sisir
Kulat sisir banyak yang tumbuh dimusim hujan ini. Disamping itu, terdapat juga batang kayu yang mempunyai kulat telinga kera. Harap harap akan ada lagi kulat yang tumbuh bila balik ke kampung lagi.




Memancing
Sebelum air banjir memenuhi sungai, dapat juga memancing ikan puyu dan haruan bersama anak saudara di kampung. Harap harap selepas banjir lebih banyak ikan akan masuk ke dalam parit dibelakang rumah. Parit perlu dibersihkan daripada sampah sarap yang dibuang jiran. Agak susah untuk menegur jiran tentang kepentingan menjaga parit supaya bersih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus