perkembangan kebun perumahan 21 November 2016

perosak pokok tin

nampaknya pokok tin yang ditanam diserang oleh perosak dari jenis kumbang.
Pokok menjadi layu dan kering manakala terdapat tanda tanda gigitan serangga pada batang pokok.
InsyaAllah akan cuba memasukan kembali pokok tin dan menjaga kebersihan kebun perumahan.

Semak samun kebun perumahan
Keadaan kebun perumahan sekarang nampak dipenuhi dengan herba herba yang perlu di pangkas. Harap harap dapat meluangkan sedikit masa pada hujung minggu ini untuk aktiviti membersih kebun perumahan.





Tuaian cabai melaka

Alhamdulillah cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil. Cuaca pada masa ini sangat baik dan pokok cabai berbuah dengan lebat.

Daun ketumbar
Semaian benih daun ketumbar nampaknya terbantut. Herba tidak lagi menunjukkan perkembangan tumbesaran yang memberansangkan. Akan cuba memberi sedikit lagi masa untuk memerhati perkembangan semaian daun ketumbar.

Lain lain herba
Daun kaduk dan juga selasih thai masih lagi belum digunakan untuk masakan. Masih tidak banyak masa untuk memasak kerana jadual yang padat pada hujung tahun ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus