tempirai, perangkap ikan, 22 November 2016


Alhamdulillah balik kampung sempat menjenguk mak dan ayah di kampung. Sedikit kerja kampung seperti membuang pelepah kelapa dan memotong rumput yang panjang dibelakang rumah. Senang sikit mak nak membuang sampah.

Setelah sedikit kerja kampung dibuat, sedikit lagi masa sebelum masuk waktu maghrib digunakan untuk mencari ikan darat. Percubaan pertama memancing ikan haruan kurang berhasil. Jadi, masa masa kecederaan sebelum maghrib digunakan untuk mengangkat tempirai yang dipasang di dalam parit hadapan rumah.



Alhamdulillah sedikit hasil terdiri daripada ikan sepat ronggeng, sepat benua, puyu dan belut. Ikan yang kecil dilepaskan semula. Belut disimpan untuk dijadikan hidangan pada minggu minggu depan.

InsyaAllah akan membuat tempirai lagi kerana agak efektif untuk menangkap ikan ikan didalam parit.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus