ulaman pokok lemak ketam

Alhamdulilallah pada hujung minggu lepas dapat memancing di Balik Pulau. Ada sedikit rezeki ikan haruan yang berjaya dipancing.

Kebetulan ketika melalu kawasan memancing kelihatan satu pokok yang merimbun. Apabila diperhatikan dengan dekat didapati ianya ialah pokok lemak ketam. Jadi pucuk pucuk diambil untuk dijadikan ulaman.

Malangnya cuaca pada hari sabtu lepas sangat panas. Habis kecut pucuk pucuk yang diambil manakala ikan haruan yang dipancing mati sebelum sempat disimpan. Jadi ikan haruan dimasukkan kedalam peti sejuk manakala pucuk lemak ketam direndam supaya segar kembali. Harap harap dapat mengakarkan pucuk lemak ketam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cara bela cacing untuk kompos