balik kampung 12 Disember 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Sedikit aktiviti berkebun berjaya dilaksanakan.


Bendi
Pokok bendi sudah berbuah. Buah sulung tidak dapat dituai dan menjadi keras. InsyaAllah akan jadikan sebagai benih.


Terung
Pokok terung panjang ungu yang ada di kampung berbuah lagi. Namun, pokok agak kecil untuk menampung berat buah. Jadi, kayu sokongan terpaksa diletakkan bagi mengelakkan buah terkena tanah.

Benih benih terung yang ada di kebun perumahan dibawa balik ke kampung untuk ditanam. Vareiti terung telunjuk dan terung panjang dibawa balik ke kampung. Harap harap pokok akan tumbuh dengan baik.

Baja dari serbuk kopi ditambah di batas kebun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus