balik kampung 27 Disember 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Beberapa aktiviti di kampung berjaya dilakukan. Cuaca sudah semakin kering dan berubah ke musim timur.

Semaian terung
Alhamdulillah semaian terung masih lagi bertahan. Pokok yang mati diganti dengan anak benih terung yang masih berbaki.




Tuaian bendi & terung
Alhamdulillah bendi dan terung dapat dituai untuk makan tengah hari. Bendi digunakan didalam masakan gulai ikan. Manakala terung dibakar dan dimakan bersama sambal.



Memancing
Beberapa ekor ikan berjaya dipancing dan dijadikan makan tengah hari. Musim memancing ikan sawah semakin hampir kerana padi sudah mulai masak. Dalam sebulan lagi padi akan mulai menguning dan sedia untuk dituai

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus