imbasan projek tahun 2016

Alhamdulillah tahun 2016 sudah sampai ke penghujung. Banyak memori suka duka berkebun berlaku untuk tahun ini


Suka
Cabai melaka ( berjaya menghasilkan pokok yang lebat )
Terung telunjuk ( banyak hasil sepanjang tahun )
Timun jepun ( berjaya mendapatkan hasil )
Timer pengairan untuk mengelakkan kebun kekeringan berjaya dipasang
Basil thai berjaya hidup
Benih terung pelbagai vareiti berjaya dicambahkan
Bendi berjaya mengeluarkan hasil
Ulam lemak ketam membesar dengan baik
Banyak jiran jiran pun mulai menanam herba/sayuran

Duka
Kebun disabotaj ( anak pokok timun dicabut, pokok dipatahkan oleh tangan tangan gatal )
Sayur bayam terkena racun di kebun kampung
Benih benih tersimpan lama sehingga habis tarikh luput
Semaian pokok tin banyak yang mati
Ikan kaloi peliharaan mati


Cabaran tahun depan
Untuk tahun depan beberapa cabaran sudah dikenal pasti untuk dicapai

1. Sistem akuaponik lengkap di kawasan kebun perumahan
2. Siapkan reban ayam dan tambah jumlah ayam belanda ayah
3. urus kebun kampung
4. tingkatkan kekemasan kebun perumaha
5. semai lebih banyak stok benih benih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus