kematian ikan ikan peliharaan

Ikan ikan kaloi peliharaan di kebun perumahan habis mati bila pulang dari cuti hari Krismas. Kesemua ikan kaloi berjumlah lima ekor didapati mati dan sudah mulai busuk.

Ikan ikan peliharaan yang dibela hampir lima tahun daripada saiz tidak sampai sejengkal sehingga mencapai saiz lebih sekaki dan berat beberapa kilogram. Punca kematian ikan ikan peliharaan masih belum dapat dikenal pasti.

Kemungkinan jangkitan penyakit bila ikan ikan liar yang dimasukkan ke dalam kolam ataupun kualiti air yang sudah tidak sesuai bila ada kematian ikan ikan lain.

Setakat ini didalam kolam masih terdapat ikan keli yang tidak terjejas dan masih hidup.

InsyaAllah akan cuba membela ikan ikan baru. Buat masa ini, kolam akan dicuci dahulu dan dibersihkan.

Ulasan

  1. Sayangnya...ikan kaloi tu...saya pernah sekali makan ikan kalui..ikan sungai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan kaloi sangat mudah dijaga, kalau saiz sebesar tapak tangan rasanay sangat sesuai untuk dijadikan hidangan

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos