perkembangan kebun perumahan 25 Jan 2017

Alhamdulillah beberapa projek kebun perumahan sedang berjalan

Akuaponic
InsyaAllah akan membeli satu akuarium untuk menyimpan ikan di kebun perumahan.




Kangkung
Benih kangkung yang bercambah tidak begitu membesar dengan baik. Kemungkinan kurang nutrien didalam tanah. Tanah didalam bekas polisterin didapati cepat kering. InsyaAllah akan cuba tambah lapisan tanah baru dan tambah baja yang bersesuaian.

Ketumbar jawa
Benih ketumbar jawa yang dibeli dari pasar akan cuba disemai. Sekurang kurangnya akan ada bekalan herba segar dari kebun perumahan.

Cambahan benih lama
Alhamdulillah benih sawi hongkong yang sudah hampir 3 tahun masih lagi bercambah. Benih disemai begitu sahaja didalam bekas polisterin cabai. Pada hujung minggu lepas, hujan lebat turun dikawasan perumahan. Didapati benih benih mulai bercambah. Harap harap benih akan berjaya membesar.

Dahan pokok belinjau
Kebetulan terlibat dengan aktiviti gotong royong. Terdapat pokok belinjau yang sangat besar telah tumbang ke tanah. Satu dahan kecil pokok belinjau dikutip dan dibawa balik. Harap harap akan menghasilkan akar.



Cili padi
Pokok cili padi menghasilkan lagi cili padi. Tuaian dapat dilakukan setiap dua minggu. Seronok melihat hasil yang begitu lebat. Serangan lalat buah berlaku dan cili padi harus digunakan dengan cepat untuk mengelakkan cili padi rosak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus