perkembangan kebun perumahan, semaian kangkung 11 Januari 2016

Alhamdulillah kangkung yang ditanam menghasilkan bunga dan biji benih. Pokok masih bertahan walaupun sudah hampir enam bulan ditanam.

Biji benih yang terhasil dibiarkan masak dan mengering. Kemudian biji benih disemai semula kedalam petak semaian untuk  menghasilkan kangkung baru. Dari pemerhatian, kangkung tidak dimakan oleh perosak seperti lintah bulan. Jadi, penjagaan kangkung lebih mudah tanpa perlu risau serangan perosak.

Tanah perlu dibiarkan lembap untuk merancakkkan lagi pertumbuhan benih kangkung. Kompos boleh ditambah bagi membantu mengekalkan kelembapan tanah. Harap harap dapat menuai kangkung pada bulan hadapan.

Ulasan

  1. Brp lama utk kangkung berbunga, berbuah utk dijadikan benih ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam tempoh tiga bulan rasanya, keadaan panas dan kering menyebabkan kangkung yang matang cepat berbunga,
      bunga mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menajdi biji benih yang sudah masak dan kering

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos