permulaan kebun kampung 2017

Alhamdulillah kebun kampung melangkah ke tahun baru. Cuti awal tahun digunakan untuk beberapa aktiviti kampung seperti menebas kebun ayah dan menyemai benih baru.

tut pokok seralat
anak benih pokok seralat sudah mula bercambah. InsyaAllah akan dapatkan bekas polibeg untuk mengalihkan benih benih pokok seralat

bersih kebun perumahan

sedikit masa diluangkan untuk mengemas kebun perumahan. Ranting ranting rimbunan pecah beling dan belalai gajah dipangkas. Rasa sayang untuk membuang begitu sahaja rimbunan herba yang ada. Namun, masa begitu suntuk untuk menyediakan tempat menyemai herba.

bersih kolam ikan
masih lagi ada ikan didalam kolam yang mati. Kali ini ikan keli pula. Kemungkinan mati akibat stress terperangkap diruang penapis air kolam yang sempit dan cetek.

memancing
ikan ikan sawah semakin mudah untuk dipancing. Pemandangan sawah padi juga semakin menarik dengan padi mulai tunduk dan cuaca dingin diawal pagi. Amat menarik dan mendamaikan untuk menyusuri kawasan sawah pada awal pagi. Pada hujung minggu pula, ramai orang orang kampung mula memancing ikan ikan sawah ditepi tepi terusan.

pagar ayam
diantara projek yang tertangguh di kampung ialah memagar kawasan kampung untuk membela ayam. Kerja mendirikan tiang sudah berjaya dilaksanakan. Buat masa ini, masa diperlukan untuk mencari buluh buluh untuk dijadikan pancang bagi membolehkan jaring dipasang.

bersih parit
parit dihadapan rumah perlu dibersihkan lagi. Masih banyak sampah dan daun daun yang terkumpul didasar parit. Kerja membersih parit memerlukan tenaga yang banyak. InsyaAllah pada bahagian tepi parit akan cuba ditanam dengan beberapa jenis sayuran.

tanam benih terung baharu
dua benih terung yang dibeli di pasar malam dekat kawasan perumahan dibawah balik ke kampung. Benih ditanam bagi menggantikan pokok terung telunjuk yang sudah mati. Disamping itu, benih benih timun jepun juga disemai. Harap harap benih akan bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus