resepi kek pisang awak dari kebun kampung

Alhamdulillah pisang awak yang dibawa balik dari kampung sudah masak ranum. Mak akan membekalkan kepada anak anak nya sedikit pisang untuk diperam dan dibawa balik. Kebiasaanya pisang yang dibawa balik diberi kepada jiran dan juga staff tempat kerja. Namun kali ini pisang disimpan untuk dimakan dirumah.

Pisang awak biasanya dijadikan sebagai goreng pisang. Kadang kadang jika ada masa dibuat menjadi kek pisang, pengat pisang, pisang rebus ataupun serawa pisang.

Kali ini pisang yang masak ranum dijadikan kek pisang. Bahan bahan tambahan seperti roti dan juga bijirin sarapan ditambah dalam adunan kek pisang kali ini sebagai satu usaha menghabiskan makanan yang ada di rumah. Sayang jika dibiarkan rosak begitu sahaja. Tekstur kek pisang juga lebih menarik dengan kehadiran bijirin didalam kek pisang. Oven elektrik digunakan untuk membakar kek pisang pada suhu 200 darjah celcius.

Kulit pisang tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya, kulit pisang dijemur di dalam bekas dikawasan ampaian untuk dikeringkan. Nanti, akan ditimbah kulit pisang dengan hampas serbuk kopi untuk dijadikan sebagai baja tanaman kebun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos