balik kampung 16 April 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi minggu ini. Masa sangat suntuk dan hanya beberapa jam sahaja dapat diluangkan untuk aktiviti berkebun.




Bendi dan terung
Benih bendi sudah mulai bercambah setelah disemai minggu lepas. Manakala pokok pokok terung sudah mulai mengeluarkan buah. Masalah sekarang ialah serangan bena yang menyebabkan pokok terung menjadi terbantut dan bunga gugur akibat serangan bena.

Cabai melaka
Anak benih cabai melaka diubah daripada pasu semaian ke kawasan tanaman bendi dan terung. Anak benih cabai ditanam dipinggiran sahaja kerana kawasan petak kebun sudah dipenuhi oleh bendi dan terung. Jika pokok cabai tumbuh dengan baik, insyaAllah banyak hasil yang akan dapat dikutip nanti. Selain itu, pokok cabai burung akan cuba ditanam dikawasan yang lebih redup. Pokok cabai burung biasanya tumbuh meliar didalam kawasan hutan dibawah pokok pokok yang besar.

Buah mempelam pauh
Buah mempelam pauh sudah banyak yang luruh di depan rumah tok. Mempelam pauh yang mempunyai batang kira kira dua pemeluk orang dewasa. Buah yang baru luruh amat sedap dimakan begitu sahaja. Hanya perlu menggunakan kuku untuk mengopek kulit buah membelam pauh dan isinya dapat dimakan. Rasanya masam masam manis dan berbau harum. Pengalaman ini mengimbau balik zaman ketika kanak kanak dimana kami mengutip buah mempelam pauh yang luruh diawal pagi dan setelah balik sekolah dan terus memakan buah.

Petola bantal
Petola bantal sudah mulai berbunga walaupun tidak dapat mencari tempat untuk memanjat. Jadi, satu para dibuat menggunakan batang kayu dan besi supaaya pokok petola bantal dapat memanjat. Harap harap ada hasil buah petola bantal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus