memancing ikan sembilang, 15 April 2017

Alhamdulillah pada hujung minggu dapat meluangkan sedikit masa memancing bersama rakan di kawasan pantai Bersih, Butterworth.





Kali ini, ikan sembilang menjadi sasaran untuk dipancing. Bagi memancing ikan sembilang, umpan perumpun pasir dicari. Waktu terbaik mencari perumpun pasir ialah ketika air bergerak pasang. Perumpun pasir banyak terdapat dikawasan pasir dengan ombak bersaiz kecil. Roti digunakan untuk mengumpan perumpun pasir keluar dari persembunyian didalam pasir. Kepantasan tangan diperlukan untuk memegang kepala perumpun pasir dan menariknya keluar dari pasir. Jika lambat, perumpun pasir akan masuk kedalam pasir semula.

Ikan sembilang aktif mencari makanan ketika air laut bergerak pasang. Tempat yang sesuai memancing ikan ini ialah dikawasan berbatu kerana terdapat banyak sumber makanan bagi ikan sembilang seperti kerang dan cacing dikawasan berbatu.

Aktiviti memancing dimulakan kira kira jam 12 tengah hari apabila air laut mulai pasang penuh. Ketika ini, batu batuan ditepi pantai akan ditenggelami air laut. Keadaan ini adalah sesuai untuk memancing ikan sembilang.

Rezeki kami tidak kemana kerana berjaya mendapat tiga ekor ikan sembilang bersaiz kecil. Kami berpuas hati dengan hasil ini dan insyaAllah akan mencuba lagi pada masa depan.

Ulasan

  1. Sedap buat gulai ikan sembilang ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap gulai sembilang, kalau yang ada telur lagi sedap :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

ikan kaloi dalam kolam