musim hujan di kebun kampung, 2 April 2017

Alhamdulillah musim hujan sudah bermula di kawasan utara tanah air. Cuaca cerah diwaktu pagi dan beransur mendung menjelang petang. Hujan lebat mulai turun menjelas waktu asar. Parit parit dan bendang mulai penuh dan digenangi air. Keadaan ini menjadi petunjuk musim baru penanaman padi akan bermula.

Bagi musim ini, ayah akan menyerahkan urusan bendang kepada jiran di kampung. Senang urusan kerana jiran mengusahakan bendang bersebelahan dengan bendang ayah. Waktu dan jarak tidak mengizinkan anak anak untuk menguruskan bendang. InsyaAllah rezeki daripada bendang dikongsi kongsi.

Bendi
Alhamdulillah bendi sudah mulai membesar. Namun, kesibukan tugas menyebabkan benih benih bendi tidak dapat dipindahkan ke kawasan lain yang boleh ditanam seperti di tepi sungai. Ada anak benih yang bercambah didalam buah bendi yang kering.

Pisang
Musim hujan petang menjadikan urusan mengambil pisang di kebun terpaksa ditangguhkan dulu. InsyaAllah jika ada rezeki minggu ini akan cuba menebang pokok pisang yang sudah hampir masak.

Bunga kantan
Anak benih bunga kantan juga sudah sedia untuk dipindahkan ke tanah. Anak benih bunga kantan sudah bertahan musim kering. InsyaAllah akan cuba mendapatkan beberapa benih bunga kantan lagi untuk ditanam di rumah.

Sayur sayuran
InsyaAllah benih benih sayuran daun seperti bayam dan kangkung akan cuba ditanam dikawasan antara batas bendi dan terung. Keadaan musim hujan sekarang sesuai untuk menanam sayuran sayuran tanpa perlu menyiram sayuran pagi dan petang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus