perancangan bulan mei 2017 di kebun kampung

InsyaAllah pada bulan mei akan cuba melaksanakan beberapa projek kebun kampung

Semaian sayur daun

Sayur seperti kangkung dan bayam akan cuba disemai untuk kegunaan dikampung. Memandangkan musim hujan sekarang. Benih akan disemai terus diantara batas batas pokok bendi dan terung.

Akuarium untuk ikan ikan yang dipancing

Akurium baru untuk menempatkan ikan ikan air tawar yang dipancing. Ini bertujuan menjadikan ruang depan rumah lebih kemas. Akuarium perlu ditutup dengan kemas memandangkan banyak ikan haruan yang mati akibat melompat keluar dari tempat simpanan sediaada ketika tiada dirumah.

Sistem pengairan

Sistem pengairan automatik dirumah akan cuba disambung lagi supaya dapat menampung lebih banyak pasu semaian. Jadi, semua pasu yang berada diluar akan disiram.

Pokok tin

Pokok tin rasanya perlu dipindahkan kebahagian luar rumah untuk tumbesaran maksimum dengan mendapat cahaya matahari yang mencukupi.

Semaian benih benih lama

Benih benih lama akan cuba disemai. Harap harap ada yang masih lagi boleh bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos