pokok mulberi di kebun perumahan April 2017

Pokok mulberi yang ada di kebun perumahan masih lagi bertahan. Sebelum ini pertumbuhan terjejas kerana pasu diangkat sehingga menyebabkan akar utama pokok mulberi terputus.

Kemudian, musim panas dengan cuaca kering melanda awal tahun 2017 menyebabkan pokok kekeringan. Nasib baik sistem pengairan automatik dapat dihalakan kepada pokok ,mulberi sebelum pokok menjadi tenat.



Alhamdulillah kini pokok mulai stabil dan mula mengeluarkan buah kembali. Terdapat jiran jiran yang menanam pokok mulberi juga. Seronok bila melihat pokok mulberi mereka mengeluarkan buah yang banyak. Petuanya ialah mencantas ranting ranting mulberi supay lebih banyak sulur baru yang keluar.

Pucuk muda mulberi boleh dijadikan sayur didalam sup. Dulu dulu semasa ikan kaloi masih ada, pucuk muda mulberi sering dijadikan makanan ikan kaloi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus