mencari tiram 29 April 2017

Alhamdulillah masa yang ada pada pagi sabtu digunakan untuk mencari tiram ketika air surut di Pantai Bersih Butterworth. Tempat mencari tiram ialah di kawasan yang berbatu. Pantai Bersih terdiri daripada dasar berlumpur dan mempunyai kawasan pantai berpasir. Diantara dasar lumpur dan pantar berpasir terdapat kawasan yang mempunyai batu batu.





Tiram terdapat pada kawasan berbatu. Bentuk tiram dapat dilihat pada permukaan batu. Hanya saiz yang besar diambil daripada kawasan berbatu. Kira kira 20 tiram berjaya dijumpai selepas hampir sejam mencari tiram.

Cara mengambil tiram ialah dengan menggunakan tukul dan juga pahat untuk mencungkil tiram yang melekat kukuh pada permukaan batu.

Tiram yang dibawa balik ke rumah dibasuh dengan air bersih untuk membuang pasir. Kemudian tiram distim diatas air yang mendidih untuk dijadikan hidangan.

Rasa tiram yang sedikit masih sangat sedap. InsyaAllah akan cuba mencari lagi tiram pada ditempat lain pula.

Disamping tiram, terdapat juga kupang dan juga remis. Kupang lebih mudah dicari berbanding tiram. Manakala remis perlu digali daripada pasir.

Ulasan

  1. Sedapnya tiram...ada jumpa butir mutiara tak dalam tu....lama dulu suami pernah bawa balik tiram. Waktu menggoreng tu terasa macam ada benda berbunyi seakan pasir...tengok2 ada butir mutiara kecil lagi...baru nak jadi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus