cadangan pangkas pokok mempelam, julai 2017



pokok hadapan rumah yang berbuah dengan baik sekali, pokok sudah berusia lebih 30 tahun
pokok mempelam dibelakang rumah kurang mengeluarkan hasil pada tahun ini. Diantara punca ialah serangan perosak seperti kumbang yang merosakkan isi buah. Disamping itu, pokok mempelam sudah lama tidak dipangkas. Ini menyebabkan kawasan kebun sangat gelap kerana kanopi pokok mempelam sangat besar. Keadaan yang gelap dan kurang cahaya turut menyebabkan pertumbuhan pokok pisang  yang ditanam diantara pokok mempelam terbantut. Tandan dan Buah pisang yang terhasil dikawasan kebun mempelam lebih kecil.

Jadi, pokok mempelam akan dipangkas pada bulan ini untuk menjadikan kawasan kebun lebih bersih dan kemas. Kebun yang lebih bersih akan mengurangkan tempat persembunyian kumbang perosak.

Dahan dan ranting pokok mempelam yang ditebang nanti akan menjadi tempat yang sesuai untuk pertumbuhan kulat sisir.

Ulasan

  1. Mempelam jenis ni memang sedap dan manis. Dulu masa duk dirumah sewa kampung saya ada menanamnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus