kesan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah berjaya mengekalkan kekerapan masak sendiri di rumah selepas ramadhan. Buah buah dan sayur yang dibawa balik dari kampung digunakan didalam masakan.

Hasil dari kebun perumahan seperti daun limau purut digunakan didalam masakan tomyam. Rempah tomyam juga dihasilkan sendiri oleh isteri. Isteri juga sekarang mahir memasak dan merupakan satu kelebihan yang patut ada pada setiap suri rumah untuk menambah kemahiran memasak.

Makan malam yang tidak habis akan dijadikan hidangan untuk keesokan hari. Sebagai contoh, nasi putih yang tidak habis pada malam sebelumnya, dipanaskan sebelum tidur supaya tidak basi. Nasi juga dimasak sedikit kering untuk mengelakkan cepat basi.

Kami juga dapati masakan sendiri seperti nasi lemak pada pagi hujung minggu lebih memuaskan hati dan mengenyangkan. Lebih rempah dapat ditambah dalam nasi lemak yang menjadikan nasi lebih wangi dan sedap.

Kesan daripada masak sendiri dirumah ialah kebersihan terjamin dan kita mengetahui apa yang ditambah didalam masakan. Kebanyakan makanan diluar menggunakan penambah rasa. Kebanyakannya megandungi kandungan garam, gula dan MSG yang tinggi.

Sebelum ini saya mengalami sakit perut dan cirit birit sepanjang ramadhan kesan pengambilan makanan yang kurang bersih sebelum ramadhan. Jadi, saya lebih berhati hati kali ini untuk membeli makanan luar. Kebanyakan gerai makanan luar masih mempunyai standard kebersihan memasak yang masih tidak dapat diterima.

Penggunaan peti sejuk dikurangkan kerana peti sejuk kadang kadang menyumbang kepada pembaziran makanan. Sebelum ini, saya kerap membeli barang basah dan disimpan didalam peti sejuk. Makanan tersebut akhirnya langsung tidak diusik dan terbiar didalam peti sejuk sehingga berkulat. Saya juga kurang membawa balik makanan luar ke rumah seperti lebihan daripada kenduri.

Saya lebih menghargai makanan yang disediakan isteri walaupun ringkas berbanding makan diluar yang belum terjamin kebersihan. Semoga inisiatif masak sendiri di rumah dapat diteruskan insyaAllah.

Ulasan

  1. Memang betul Zamri, masak dirumah lebih selamat. Sepanjang bulan puasa tahun ni saya masak semuanya. Tak beli lansung.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus