pancing tenggiri di Yan, 15 Julai 2017

Alhamdulillah pada minggu lepas dapat turun memancing dilaut. Kali ini, destinasi memancing ialah di Yan, Kedah. Trip memancing kali ini diatur bersama rakan rakan yang mempunyai minat yang sama.

Ikan sasaran yang ingin dipancing ialah ikan tenggiri. Ikan tenggiri menjadi kegilaan pemancing kerana ikan ini kuat melawan dan sedap dijadikan hidangan. Tambahan pula, saiz ikan yang dipancing boleh mencecah sehingga sepuluh kilogram.

Perancangan memancing dibuat sejak berapa bulan. Penganjur mengambil deposit memancing bagi memastikan pemancing benar benar ingin memancing. Persediaan alat alat pancing yang berkualiti perlu disediakan lebih awal supaya pemancing lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Selain itu, rehat yang cukup diperlukan kerana aktiviti memancing dilaut berdepan dengan suasana yang tidak selesa seperti gelombang laut, hujan dan ribut serta bahang terik matahari.

Pada jam 5 pagi, kami bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Yan, Kedah. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami berhenti solat subuh di Masjid Yan. Kemudian bersarapan di pasar yan. Setelah itu, kami pergi ke jeti memancing yang terletak di Kuala Dulang Kechil, Yan.

Ramai kumpulan pemancing lain yang turun memancing pada hari ini. Semuanya berharap untuk mendapat hasil yang baik. Pada jam 7.30 pagi kami bertolak keluar dari muara menuju ke tengah laut. Suasana awal pagi ketika matahari baru naik sangat mengujakan. Satu pengalaman yang sentiasa dinantikan bagi pemancing kerana waktu awal pagi juga ikan ikan tenggiri galak memakan umpan.

kelihatan gunung jerai ketika keluar dari muara

Alhamdulillah, setelah hampir 10 jam dilaut, kami berjaya membawa pulang hasil seekor ikan tenggiri dan sebakul ikan cencaru. Rezeki kami hanya setakat ini sahaja pada kali ini. Kumpulan pemancing lain juga mendapat hasil yang lebih kurang sama. Kemungkinan keadaan arus laut tidak begitu sesuai untuk memancing tenggiri pada hari kami memancing.

Hasil dibahagi bersama dan setiap seorang pulang dengan beberapa kilogram hasil laut yang masih segar. Tenggiri dijadikan masakan seperti gulai dan goreng masak cuka. Ikan cencaru pula sedap digoreng belah belakang. Menu alternatif lain yang dicuba ialah ikan cencaru masak asam pedas. Daun kari dan limau purut diambil dari kebun perumahan.



Alhamdulillah, hasil segar laut memang berbeza dengan hasil yang dibeli dari pasar.

Lain lain pengalaman yang dapat dirasai memancing ditengah laut ialah melihat ikan ikan laut yang bebas bergerak dan pengalaman solat ditengah laut.

Ulasan

  1. Mmm..sedapnya gulai kepala tenggiri. mesti manis dan lemak kan rasa isinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap gulai kepala tenggiri,

      ikan segar dari laut :-)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus