tuaian cili padi

Alhamdulillah, tuaian cili padi kali ini begitu meriah,
hampir separuh beg plastik kecik penuh dengan cili padi.



Walaupun warna cili padi ini hanya hijau muda ketika muda, namun rasanya pedas dan perlu dimakan dalam kuantiti yang minima sahaja. Buah yang hampir masak menjadi warna kuning dan oren sebelum bertukar menjadi warna merah apabila masak. Jika buah tidak dikutip, pokok cili padi kelihatan berwarna warni dengan pelbagai fasa buah dihujung hujung tangkai pokok.

Pembajaan pokok cili padi dilakukan setiap kali selepas tuaian. Baja organik pokok kopi digunakan untuk membantu pokok berbuah lagi. Selain itu, baja dari hasil kompos juga ditambah.

Selain pembajaan, penyiraman perlu dilakukan dengan kerap. Ini dapat dilakukan dengan penggunaan peranti penyiraman automatik. Pokok cili padi disiram pada waktu pagi dan petang selama 5 minit menggunakan sistem paip titisan.

Pokok yang ditanam sudah berusia lebih setahun dan hasilnya semakin baik. Harap harap pokok akan memberi hasil lagi pada masa hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus