kebun kampung pasca banjir 30 September 2017

Alhamdulillah banjir mulai surut selepas beberapa hari banjir melanda kampung.

Air banjir yang mengenangi kawasan sekeliling rumah menyebabkan korban kepada tanaman yang sensitif kepada situasi terendam didalam air untuk tempoh yang lama.

Pokok pokok yang ditanam
Pokok cabai yang ditanam turut mati kerana akar terendam lama didalam air banjir. Rumput rumput turut mati akibat terlalu lama terendam didalam air. Banjir kali ini juga menyebabkan rumpun serai yang sedia dituai habis terendam didalam air. Tidak pasti samaada masih boleh diselamatkan.

Bendi yang berusia lebih kurang sebulan habis mati. InsyaAllah akan menyemai benih yang baru.

Perancangan semasa minggu banjir yang lepas untuk menuai pisang terpaksa ditangguhkan kepada minggu pasca banjir. Alhamdulillah hampir 20 tandan pisang berjaya dituai dari kebun. Hampir 2 jam diperlukan untuk mengenalpasti pisang yang hendak dituai dan ditebang.

Pisang yang dituai diambil untuk kegunaan sendiri dan selebihnya ditolak kepada pemborong.

Musim ikan darat
Selepas banjir, kebiasaanya terdapat banyak ikan darat didalam parit. Ikan ikan seperti puyu dan haruan berkumpul dengan jumlah yang banyak didalam parit. Jika rajin, ikan ikan ini boleh dipancing dan dijadikan hidangan.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

  1. Alhamdulillah dah habis banjir. Kebun saya dah nak masuk 2 bulan tak boleh diusahakan. Musim hujan disini.

    BalasPadam
  2. Bila banjir banyak tanaman yang musnah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang