tuaian kebun pisang akhir oktober 2017

Alhamdulillah dapat juga balik ke kampung ziarah emak dan ayah di kampung. Disamping itu, dapat juga melawat kebun pisang yang baru habis dilanda banjir.

Banjir akhir september lalu berlaku lagi pada bulan Oktober. Banyak anak anak pokok yang tidak berjaya bertahan pada banjir kali kedua kerana kekerapan banjir yang berlaku terlalu cepat.

Banyak juga pokok pisang turut menjadi layu dan diserang penyakit.



Tuaian pisang kali ini tidak sebanyak tuaian sebelum ini. Diantara perkara yang berlaku ialah pisang pisang yang sepatutnya dituai sudah dikebas orang. Geram juga melihat hasil titik peluh habis dikebas orang. Tuaian kali ini ialah dari jenis pisang awak dan pisang nangka. Pisang yang hampir hampir masak diambil walaupun sepatutnya boleh dibiarkan dahulu.




Terdapat pokok pisang yang terletak bersebelahan jalan besar. Namun, buah belum betul betul sesuai untuk dituai. Jangkaan lebih kurang tiga minggu lagi. Jika ada rezeki, maka dapatlah dituai sebelum dikebas orang.

Inilah diantara masalah yang dihadapi orang kampung pada masa kini akibat penyalah gunaan dadah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus