percubaan pertama membuat kerepek pisang

Alhamdulillah ada sedikit hasil daripada kebun pisang di kampung. Pisang yang dituai ialah dari jenis pisang awak dan pisang nangka. Pisang nangka sesuai dijadikan kerepek. Kebanyakan orang kampung lebih suka menanam pisang awak. Jarang sekali pisang nangka di kampung saya. Malah, emak saya sendiri tidak begitu arif dengan apa yang patut dibuat dengan pisang nangka.




Setelah meniliti beberapa perkongsian didalam facebook. Nampaknya pisang nangka tidak dimakan secara mentah ataupun dijadikan pisang goreng. Sebaliknya dijadikan kerepek pisang ataupun dibuat kuih. Pisang nangka mempunyai kandungan kanji yang banyak dan berasa tawar. Jadi, pisang nangka yang dituai cuba diolah menjadi kerepek pisang.

Disebabkan tiada alatan sesuai untuk meracik pisang nangka. Pisau dapur digunakan untuk menghiris pisang nangka yang dikupas senipis mungkin. Pisang yang dihiris digoreng didalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.

Sedap juga kerepek pisang yang dihasilkan sendiri. InsyaAllah akan cuba membuat kuih daripada pisang nangka pula selepas ini.

Ulasan

  1. Feveret ni kerepek pisang tapi kat tempat saya susah sangat nak cari pisang nangka. Kalau di goreng pun sedap pisang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah nak cuba goreng juga nanti, tak sabar nak tunggu buah pisang masak sikit untuk buat pisang goreng

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus