balik kampung akhir disember 2017

Alhamdulillah akhir disember 2017 dapat dihabiskan di kampung. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memancing, menjala dan membersih parit dan kebun.

Memancing dan menjala

Waktu awal pagi diluangkan untuk memancing ikan haruan bersama anak anak saudara yang balik bercuti di kampung. Peluang mereka untuk memancing kerana duduk di bandar tidak ada masa untuk pergi memancing. Jadi, terusan air berdekatan kampung dijadikan sasaran untuk memancing ikan haruan. Parit di belakang rumah yang selalu menjadi tempat memancing bila mereka balik kampung kini menjadi tumpuan ramai kaki pancing yang sudah tahu bahawa belakang rumah tokwan mereka adalah lubuk ikan. Hampir setiap hari ada kaki pancing yang mengunjungi parit belakang rumah pada waktu pagi dan petang. Jadi, untuk keselesaan memancing, kami memilih untuk memancing di kawasan lain yang lebih lapang dan tidak perlu bersaing dengan pemancing lain.

Ikan pada awal pagi di lokasi tali air galak bermain dipermukaan air. Ini diantara tanda tempat memancing dan menjala belum diusik orang lain. Jadi, sesi memancing dimulakan menggunakan umpan cebisan udang laut. Umpan yang terbaik ialah cengkerik dan cacing tanah. Namun, kami terlupa hendak mencari cengkerik dan cacing tanah sebagai persediaan. Setelah hampir 15 minit memancing, ikan agak culas memakan umpan, jadi untuk tidak menghampakan anak anak saudara yang ingin mendapat ikan, jala digunakan.

Alhamdulillah ada beberapa ekor ikan sepat dan puyu yang terperangkap dalam jala. Tapi setelah beberapa kali jala ditebar, ikan mulai bersembunyi dan tidak masuk kedalam jala lagi. Aktiviti memancing diteruskan dan akhirnya beberapa ekor ikan haruan berjaya dipancing.


Bersih kebun pisang

Setelah selesai memancing diawal pagi, aktiviti diteruskan pula dengan melawat kebun pisang bersama anak saudara. Benih keladi sayur dibawa bersama ke kebun pisang. Kawasan tanah yang masih lembap dan teduh ditanam dengan benih keladi sayur. Harap harap anak benih keladi akan berjaya hidup sebelum musim angin timur yang kering sampai ke kemuncak.

Terdapat beberapa tandan pisang awak yang sudah sedia dituai. Jadi, tandan tandan tersebut dituai dan dibawa balik. Nanti boleh dijadikan bekal kepada abang untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus