balik kampung 13 Januari 2018

Alhamdulillah setelah hampir dua minggu tidak balik ke kampung. Akhirnya dapat juga balik ke kampung.

anak ayam yang baru menetas


Ayam kampung & ayam piru
Ayah membeli anak anak ayam kampung dan ayam piru dari pekan tunjang. Sebanyak sepuluh ekor anak ayam kampung dan dua pasang anak ayam piru dibeli. Anak ayam kampung dijadikan sebagai peneman kepada ayam piru.

Ayam kampung sudah tidak banyak dikampung kerana diserang penyakit hawar. Jadi, anak anak ayam ini akan menambahkan balik bilangan ayam di kampung. Pada masa sekarang, sisa makanan dari dapur seperti nasi yang tidak habis tidak ada ayam yang hendak makan.

InsyaAllah akan cuba mendapatkan beberapa ekor itik juga bagi menambah vareiti ternakan di kampung.

Bendi
Bendi yang ditanam secara menabur benih di kawasan kebun pisang nampaknya sudah mula mengeluarkan hasil. Pokok tidak tinggi hanya sekadar dua kaki. Kemungkinan ini disebabkan kekurangan baja. InsyaAllah benih benih bendi akan disemai lagi dan persediaan menanam seperti pembajaan akan dilakukan terlebih dahulu.

Cabai melaka
Benih cabai melaka yang diperoleh dari keluarga di Baling sudah mula mengeluarkan hasil. Rasa cabai melaka ini sangat pedas. Cabai melaka ini hanya mempunyai dua warna yang ketara. Iaitu warna hijau pekat ketika muda dan merah ketika masa. InsyaAllah akan dijadikan sebagai stok benih.

Padi
Alhamdulillah petak padi dikampung sudah mulai dituai. Suasana kampung sekarang ini mulai kelihatan kuning keemasan. Masa sekarang ialah masa terbaik untuk melihat pemandangan padi yang mulai masak di utara tanah air.

Memancing
Musim tuaian padi adalah masa terbaik untuk memancing ikan bendang seperti ikan haruan, puyu dan keli. Ikan sepat pula boleh dijala didalam kawasan tali air. Namun, buat masa ini, keadaan cuaca kurang menentu kerana hujan lebat masih lagi turun yang menyebabkan air sungai dan parit melimpah. Kemungkinan, perlu menunggu sedikit masa lagi untuk mendapat hasil pancingan yang baik.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus