balik kampung 28 Jan 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini



Kebun pisang

Kebun pisang yang sudah penuh dengan semak samun akhirnya berjaya di cerahkan dengan menggunakan mesin rumput. Disebabkan kesuntukan masa, hanya lorong utama kebun pisang yang dibersihkan. InsyaAllah akan menyambung lagi kerja kerja membersih kebun pisang. Alhamdulillah dua tandan pisang berjaya dituai kali ini serta beberapa jantung pisang. Terdapat beberapa tandang pisang lagi didalam kebun. Tandan pisang yang lain nampaknya mungkin boleh dituai dua minggu dari tarikh tuaian hari ini.

Anak anak ayam
Anak ayam di kampung semakin membesar. Pantas juga tumbesaran anak ayam yang dibela ayah. Buat masa ini, makanan yang diberi terdiri daripada dedak ayam sahaja. InsyaAllah nanti ayam ayam ini dapat membantu mengurangkan masalah sisa makanan di rumah. Didalam perancangan, kemungkinan hendak membela beberapa ekor ayam mutiara sebagai eksperimen.

Bubu ikan
Jaring besi yang dibeli pada minggu lepas akhirnya berjaya dibentuk menjadi dua buah bubu ikan. Setelah siap, bubu ikan ini ditelakkan didalam parit dihadapan rumah. Setelah diletakkan dari waktu pagi sehingga petang, akhirnya terdapat beberapa ekor anak ikan sepat dan puyu yang terjebak didalam bubu. InsyaAllah ikan sepat akan dijadikan umpan bagi menjerat ikan ikan yang lebih besar.

Memancing
Alhamdulillah masih ada rezeki memancing pada hujung minggu walaupun agak mencabar untuk memancing pada waktu sekarang disebabkan faktor hujan yang selalu turun pada waktu petang. Air parit menjadi jernih dan ikan lebih berhati hati untuk memakan umpan. Walaubagaimanapun, seekor ikan haruan saiz sederhana berjaya dipancing menjelang waktu senja. Saiz ikan pula, cukup sesuai untuk dijadikan hidangan untuk dua orang makan. Saiz perut ikan haruan ini agak besar. Rupa rupanya bila disiang, ikan haruan ini mengandungi telur yang sudah matang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus