ikan haruan salai masak lemak cili api

Alhamdulillah balik kampung minggu lepas, dapat juga memancing ikan haruan. Murah rezeki kali ini kerana ikan berjaya dipancing dengan banyak. Pelbagai resepi ikan haruan pernah dicuba. Kali ini terdetik untuk mencuba ikan haruan salai masak lemak cili api.







Disebabkan kesuntukan masa, ikan haruan disiang dah dicuci pada hari ahad. Daun serai dan garam digunakan untuk mengurangkan rasa hanyir ikan. Ikan dicuci bersih dan darah ikan dikikis dari tulang ikan sehingga cuci. Kemudian ikan dikelar kelar dan dilumur dengan campuran garam dan kunyit.

Bara api daripada sabut disediakan sementara menunggu ikan yang diperap dengan garam kunyit sebati. Bara api dibiarkan terbakar sehingga tinggal bara api dan asap sahaja. Kemudian ikan pun disalai selama setengah jam sehingga masak. Setelah masak, ikan dibiarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas.

Cabai melaka yang ditanam emak dibawa balik ke bandar untuk dijadikan bahan dalam resepi masak lemak cili api. Alhamdulillah rasa masak lemak cili api yang menggunakan haruan salai mempunyai keunikannya yang tersendiri. Rasa isi ikan lebih pejal dan lebih masin. Penambahan garam dalam masakan hendaklah diseimbangkan. Resepi yang sedap dan mudah disediakan.

Ulasan

  1. I really treasure your piece of work, Great post. The Sims 4's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ... sims 4 news

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus