balik kampung 4 Mar 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas



Kebun pisang

Tidak banyak aktiviti di kebun pisang pada minggu ini. Pisang dibahagian depan sudah diambil orang pada minggu lepas. Duit sudah diberi kepada ayah. Terdapat dua tandan pisang yang sudah boleh dituai. Dapatlah merasa pisang goreng pada hujung minggu ini insyaAllah. Kebun pisang masih memerlukan kerja kerja menebas supaya lebih bersih dan lapang.




Memancing

Aktivit memancing pada minggu ini tidak memberi sebarang hasil. Tekanan memancing di parit belakang rumah agak tinggi. Kerap pemancing luar datang memancing ikan haruan dibelakang rumah. Namun, sedikit terubat kekecewaan memancing kerana ada hasil daripada tempirai. InsyaAllah jika ada peluang, hendak cuba memancing ikan dikawasan kebun pisang pula.



Benih kacang panjang

Alhamdulillah benih kacang panjang yang disemai beberapa minggu lepas nampaknya sudah bercambah. Akan cuba mencari benih tambahan untuk disemai.



Ayam piru ayah

Ayam piru ayah sebanyak empat ekor habis mati. Kata emak, bila bangun pagi untuk memberi makan kepada anak ayam, anak ayam sudah mati dengan mengerikan kerana tidak mempunyai kepala. Pada mulanya saya menjangkakan kerja perosak seperti tikus. Namun, kesan gigitan tidak seperti tikus. Tidak pasti kerja siapa. InsyaAllah akan cuba cari anak ayam yang baru untuk ayam kerana ayah sudah menyiapkan kawasan berpagar untuk membela ayam piru.


Ulasan

  1. nak sangat tengok gambar kebun kampung tu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan upload dalam minggu ini :)

      Padam
  2. uishhh
    ayam piru tak ada kepala?
    kucing ke makan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti apa yang makan, tak tinggal sisa kepala langsung, mungkin juga perbuatan orang,

      ingat nak pasang CCTV untuk keselamatan mak ayah di kampung

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus