ikan sepat kering

Alhamdulillah balik kampung sebelum ini dapat bawa anak anak saudara untuk memancing di kawasan parit. Kelihatan banyak ikan yang bermain di dalam parit. Namun, bila umpan dihulurkan tiada yang sudi menjamah.



Rupa rupanya, ikan ikan yang bermain didalam air ialah ikan sepat. Patutlah tidak ada ikan yang menjamah umpan. Jika ada ikan haruan atau puyu, sudah pasti umpan sudah lama disentuh. Jadi, untuk mendapatkan ikan sepat dengan cepat, kaedah menjala digunakan.

Jala yang digunakan ialah jala udang yang mempunyai mata pukat yang kecil. Ikan yang terperangkap didalam pukat lebih mudah dikeluarkan dari pukat. Namun, keburukannya ialah banyak sampah dan daun yang akan terlekat didalam pukat.

Cukup dengan tiga kali tebar, berpuluh puluh ikan sepat berjaya dijala. Saiz ikan sepat tidaklah besar. Namun, cukup untuk menjadi penghibur dikala tiada ikan lain yang berjaya dipancing. Hari semakin gelap dan azan maghrib berkumandang. Jadi, kami bergerak pulang ke rumah.

Selepas selesai solat maghrib, ikan sepat yang masih hidup dikurung. Manakala ikan sepat yang nyawa nyawa ikan dan mati cepat cepat disiang dan digaramkan. Beberapa ekor ikan dijadikan ikan goreng untuk makan malam. Rasa ikan sepat tidak hanyir dan sedap bila digoreng garing.

Keesokan harinya, ikan sepat dijemur dibawah matahari untuk dijadikan ikan kering. InsyaAllah akan cuba menjala lagi pada masa depan.

Ulasan

  1. dah lama tak merasa ikan sepat benua dan sepat kedah

    BalasPadam
  2. Aduh sedap ikan sepat buat kering....sepat kampung best kalau goreng garing2 makan dengan kicap

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang