jala udang di bawah jambatan kedua pulau pinang

Alhamdulillah dapat meluangkan sedikit masa untuk menjala udang di kawasan jambatan kedua pulau pinang. Lokasi kawasan menjala ialah di susur ke stesen TNB Batu Maung. Stesen TNB ini terletak disebelah jambatan. Aktiviti menjala dilakukan selama lebih kurang sejam. Tidak banyak hasil yang diperolehi, namun berapa puas kerana dapat melakukan aktiviti yang sudah lama tidak dilakukan.


Waktu menjala udang sebaiknya ketika air laut bergerak pasang. Ini kerana, udang akan mula bergerak ke kawasan persisiran pantai. Kawasan tumpuan adalah kawasan berhampiran batu. Ini kerana, udang akan bergerak mencari makanan dikawasan berbatu apabila air mulai pasang.


Terdapat banyak hasil sampingan dari pada aktiviti menjala udang seperti ketam dan ikan belanak. Jika saiz ketam dan ikan memuaskan, boleh dibawa balik untuk dijadikan hidangan. Banyak anak anak ketam yang masuk kedalam jala setiap kali jala ditebar. Nampaknya kawasan pantai ini menjadi tempat pembiakan ketam.


Hasil menjala kali ini tidak begitu lumayan kerana masa menjala hanya sekitar satu jam. Bila hari beransur gelap. Aktiviti dihentikan kerana sudah hampir waktu maghrib dan  ada komitmen lain. Bagi yang berkelapangan boleh mencuba aktiviti jala udang di kawasan pantai jambatan kedua.

InsyaAllah aktiviti menjala udang akan dilakukan lagi bila ada masa lapang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus