kek pisang nangka dan pisang awak 22 Mac 2018

Alhamdulillah pisang pisang yang dibawa balik dari kebun kampung kadang kadang terlebih banyak. Ada yang diberi kepada jiran. Kadang kadang simpan sedikit kerana hendak makan sendiri. Namun, kali ini, terlepas pandang buah pisang sudah ranum. Tempoh pisang hendak bertukar dari warna hijau ke kuning mengambil masa yang agak lama iaitu kira kira dua minggu. Mungkin kerana buah diambil lebih muda.


Kalau hendak beri kepada jiran, rasa tak begitu sesuai kerana pisang ranum sudah tidak menarik dan kelihatan hitam. Kebiasaanya pisang yang masih hijau diberi kepada jiran.

Sebelum ini, pisang yang dibawa balik dari kampung banyak dijadikan pisang goreng. Pisang goreng yang baru digoreng memang sedap. Cuma, banyak menggunakan minyak dan tidak sedap bila hendak dimakan apabila sudah sejuk. Buah yang ranum boleh dibuat cucur kodok, tetapi masih menggunakan minyak yang banyak.

Jadi, pisang ranum akan dijadikan kek pisang kerana kurang menggunakan minyak dan lebih sedap dimakan samaada ketika baru keluar dari oeven ataupun selepas beberapa hari. Resepi diambil daripada internet sahaja. Kebetulan semua bahan memang ada dirumah dan oven elektrik pun ada.

Dalam masa sejam setengah siaplah satu kek pisang. Disebabkan tukang masak adalah lelaki, jadi kek tidaklah begitu sedap berbanding kek yang dibuat oleh isteri. Hanya menggunakan bahan bahan yang ada.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus