percubaan sistem akuaponik di kebun perumahan

InsyaAllah pada bulan ini, akan menyiapakan sedikit projek akuaponik untuk kebun perumahan. Harap harap projek yang sudah lama tertangguh dapat menjadi realiti pada bulan ini. Keluasan tempat akuaponik sekitar 2x5 lebar dan 5 kaki tinggi.

Alatan
Alat untuk menyiram secara berkala sudah dibeli. Paip air untuk pengairan juga sudah ada. Perlu sebuah bekas plastik untuk dijadikan sebagai akuarium kecil untuk membela ikan. Pam air akan dibeli baru.

Ikan
Ikan yang akan dibela kemungkinan dari jenis ikan puyu dan tilapia. Ini kerana ikan ini tahan lasak. Kemungkinan akan menambah ikan keli juga kerana ikan keli boleh makan serba serbi dan tahan lasak.

Tanaman
Tanaman yang akan dipilih kemungkinan jenis kangkung kerana senang membesar dan dapat memberi hasil yang konsisten. InsyaAllah akan menambah tanaman lain yang mudah hidup dikawasan berair.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus