jalan jalan pantai timur bahagian pertama

Alhamdulillah bulan April sempat berkunjung ke negeri negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini adalah pengalaman pertama kali saya ke negeri Terengganu. Paling jauh, saya pernah sampai ke Kota Bharu kira kira sepuluh tahun yang lalu ketika menemani rakan yang baru berkahwin bertemu dengan isterinya. Perjalanan sudah dirancang sejak awal tahun kerana ada aktiviti di Marang pada bulan April. Bilik penginapan sudah ditempah sejak awal dan bayaran deposit sudah dibayar.

Pada awal perancangan, kami ingin singgah di kampung halaman sebelah mak mertua di Kelantan. Namun, mak mertua tidak jadi ikut disebabkan oleh masalah kesihatan. Jadi kami rancang untuk pergi terus ke Marang tanpa singgah dimana mana tempat di Kelantan.

Menjelang beberapa minggu sebelum perjalanan ke Marang. Rakan saya memaklumkan dia juga akan bertolak ke Marang menggunakan kereta. Jadi perjalanan kali ini akan diadakan secara berkonvoi. Kerisauan untuk memandu kereta ke Kelantan sedikit berkurangan kerana kereta kelisa kami tidak dapat diselenggara seperti yang dirancang.

Pada tengah malam 19 April 2018 kami merancang untuk bertolak dari Seberang Jaya menuju ke Grik. Namun, disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan, saya dan isteri hanya bertolak selepas jam 12.30 tengah hari. Rakan saya akan menunggu di Hentian Titiwangsa yang terletak ditengah tengah perjalanan diantara Grik dan Kota Bharu. Kereta kelisa kami dikerahkan juga untuk menyelusuri jalan berliku Kulim ke Grik pada waktu malam. Alhamdulillah setelah lebih kurang dua jam memandu akhirnya kami sampai ke persimpangan Grik dan Pengkalan Hulu. Disana, kami singgah sebentar di kedai nasi kandar untuk berehat.

Setelah melelapkan mata sekejap, kami meneruskan perjalanan ke Hentian Titiwangsa kerana rakan saya menunggu disana. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan Grik ke Hentian Titiwangsa pada lewat malam. Alhamdulillah, perjalanan dimudahkan dan kami sampai di Hentian Titiwangsa. Kami tidak berehat lama kerana rakan saya sudah beberapa jam menunggu di sana.

Perjalanan diteruskan melalui Jeli dan Tanah Merah. Kami berhenti solat subuh di Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Puteh. Di Pasir Puteh, kami singgah sebentar untuk mandi di rumah saudara rakan di Kampung Wakaf Raja.

Bersambung..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus